Wednesday, August 18, 2010

NOTA-NOTA PENTING BAGI TOPIK TINGKATAN 5 EKONOMI ASAS (BAB 1 BANK)

1.2: BANK


Apa yang kita pelajari di dalam Ekonomi Asas SPM, bank terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-

  1. Bank Perdagangan

  2. Syarikat Kewangan

  3. Bank Saudagar

  4. Bank Pusat
Saya syorkan kepada para pelajar agar menumpukan kepada Bank Perdagangan, Syarikat Kewangan dan Bank Pusat sahaja.
Fungsi Bank Perdagangan yang utama terbahagi kepada 4 (sebenarnya ada 5) iaitu:-
Menerima Simpanan / Deposit - iaitu deposit semasa, deposit tabungan dan deposit tetap

  • Deposit Semasa - boleh guna cek, tidak dibayar faedah, ada caj bank, tidak menggunakan buku simpanan dan boleh mohon kemudahan overdraf.

  • Deposit Tabungan - boleh dikeluarkan bila-bila masa, ada buku simpanan, diberi faedah dan ada kad bank.

  • Deposit Tetap - simpanan untuk satu tempoh tertentu dan kadar faedah tinggi.
Memberi Pinjaman iaitu overdraf, akaun pinjaman dan mendiskaunkan bil-bil pertukaran.

  • Overdraf - adalah pendahuluan jangka pendek, untuk pemegang akaun semasa sahaja, boleh keluarkan wang melebihi jumlah deposit dan dikenakan faedah.

  • Akaun Pinjaman - pinjaman bercagar, pinjaman persendirian dan pinjaman melalui kad kredit

  • Mendiskaunkan Bil-bil Pertukaran - membeli bil pada harga yang kurang daripada nilai muka dan ada faedah yang dikenakan.
Membuat & Menerima Bayaran Bagi Pihak Pelanggan iaitu cek, arahan kepada bank, kad kredit, draf bank dan pekhidmatan ATM, teleperbankan & internet

  • Cek - buat & terima bayaran.

  • Arahan kepada Bank - perintah sedia ada, debit langsung & pindahan kredit.

  • Kad Kredit - beli barang secara kredit.

  • Draf Bank - pengeluaran cek berdasarkan permintaan pelanggan.

  • ATM, Teleperbankan & Internet - penggunaan terkini.
Mengurus Pertukaran Asing iaitu beli mata wang asing pada harga rendah & jual pada harga tinggi
Konsep Skim Perbankan Islam
Wadiah - pemegang amanah
Mudharabah - perkongsian untung
Murabahah - harga jualan lebih tinggi berbanding harga belian
Musyarakah - perkongsian menjalankan perniagaan
Bai Bithaman Ajil - jualan secara ansuran
Bai At Takjiri - sewa
Fungsi Bank Pusat ada 4 iaitu:-
Mengeluarkan Mata Wang

  • keluarkan mata wang iaitu wang kertas dan duit syiling

  • mencetak wang bergantung kepada keadaan

  • cagaran dalam bentuk emas & pertukaran asing
Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang

  • mewujudkan sandaran minimum dalam bentuk rizab antarabangsa

  • mempengaruhi @ mencampuri dalam pasaran pertukaran asing

  • mengawal inflasi
Jurubank Kepada Kerajaan

  • mentadbir akaun kerajaan

  • mengurus hutang negara

  • memberi pendahuluan sementara

  • mengurus pertukaran asing

  • memberi nasihat pelaburan
Jurubank Kepada Bank Perdagangan

  • mengawal nisbah rizab berkanun & nisbah rizab tunai

  • menyelaraskan hutang dan cek antara bank perdagangan

  • sumber pinjaman terakhir
Cara Bank Pusat Kawal Inflasi

  • Rizab Tunai dinaikkan & kesannya jumlah penawaran wang dalam pasaran berkurang.

  • Rizab Berkanun dinaikkan & kesannya jumlah pinjaman berkurang.

  • Kadar Faedah dinaikkan & kesannya permintaan terhadap pinjaman berkurang.

  • Jual Surat Jaminan Kerajaan & kesannya kuasa beli pengguna merosot.
Cara Bank Pusat Kawal Kemelesetan (Deflasi)

  • Rizab Tunai diturunkan & kesannya jumlah penawaran wang dalam pasaran meningkat.

  • Rizab Berkanun diturunkan & kesannya jumlah pinjaman meningkat.

  • Kadar Faedah diturunkan & kesannya permintaan terhadap pinjaman meningkat.

  • Beli Surat Jaminan Kerajaan & kesannya kuasa beli pengguna meningkat.

6 comments: