Wednesday, September 1, 2010

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 7 PELABURAN)

BAB 7: PELABURAN

Maksud Pelaburan

Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

PELABUR DAN SPEKULATOR


Pelabur
– individu yang melaburkan wang dengan harapan mendapat pulangan dalam bentuk tunai, dividen, bonus dan keuntungan atas modal.

Spekulator
 – Membeli dan menjual saham untuk mendapat keuntungan jangka pendek

_ Terdiri daripada penelah naik, penelah turun dan stag.

Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator

Pelabur


1. Membeli syer untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen/syer bonus.

2. Beli syer untuk jangka panjang dengan harapan prestasi syarikat berkembang dan harga syernya naik.

3. Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga pasaran.

4. Pelabur sentiasa berhati-hati melakukan analisis kewangan dan memperolehi maklumat prestasi syarikat sebelum membeli saham syarikat.

Spekulator


1. Membeli syer pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

2. Membeli dan menjual syer dalam jangka masa singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga.

3. Penglibatan spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun dan naik dengan
tidak menentu.

4. Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer. Tindakannya dipengaruhi khabar angin, sikapnya keterlaluan boleh menjejaskan pasaran saham.


JENIS PELABURAN

1)AKAUN SIMPANAN TETAP / AKAUN

• Melabur dibank/ institusi kewangan.

• Pelaburan tanpa risiko

• Keuntungan rendah.

• Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu

Kelebihan :


• Pulangan tetap

• Simpanan selamat.

• Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

2) HARTA TANAH

- Membeli aset tetap seperti rumah, kilang dan tanah

- Pulangan yang tinggi

Dua bentuk pulangan:

• Keuntungan modal

• Pendapatan semasa

3) SAHAM

-Gabungan syer yang dikeluarkan oleh sy.awam berhad kepada orang ramai

- Urusan jual beli saham melalui broker / remisier

Dua jenis saham:


1 Saham yang disenaraikan - urusniaga di pasaran saham

2. Saham yang tidak disenaraikan - Saham ditawarkan kepada ahIi keluarga / rakan niaga

Jenis Saham


Saham – satu bentuk pelaburan bagi tujuan spekulatif atau mendapat pulangan dalam bentuk dividen, bonus atau keuntungan modal.

- terdiri daripada unit-unit syer

- dua jenis syer :

1. Syer biasa

2. Syer keutamaan

- Syer keutamaan kumulatif – dibayar dividen semasa dan tunggakan jika syarikat rugi pada tahun kewangan lepas.

- Syer keutamaan penyertaan – kadar dividen tetap dan dapat dividen tambahan selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

- Syer keutamaan boleh tebus – boleh dibeli oleh syarikat selepas satu tempoh masa

- Syer keutamaan boleh tukar- Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.Pemegang syer akan terima faedah seperti mana pemegang syer biasa.

Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.

Syer Biasa.


1. Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat.

2. Pemegang syer menerima dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka.

3. Pelabur berhak mengundi untuk memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung tahunan.

4. Pihak terakhir untuk menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

Syer Keutamaan.


1. Kadar dividen ditetapkan oleh syarikat setiap tahun.

2. Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa.

3. Pelabur tidak berhak mengundi.

4. Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

PULANGAN ATAS SAHAM

1) Syer bonus

- Unit percuma kepada pemegang saham

2) Keuntungan modal

-Pulangan apabila harga saham naik

3) Dividen

- Bahagian keuntungan yang diterima pemegang saham

Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.


Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen 12 % terhadap syer biasa.

Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i). Pendapatan dari syer keutamaan. 5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00

ii) Pendapatan dari syer biasa. 5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00

iii) Pendapatan dari Debentur. RM 3000 x 0.06 = RM 180.00

iv) Jumlah Pendapatan. RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur

• Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.


• Menyebarkan maklumat kewangan syarikat kepada orang lain.

• Melindungi kepentingan para pelabur.

• Menjalankan urusniaga saham.

• Membantu mengumpulkan modal untuk pembangunan negara.

• Menimbulkan minat melabur dalam kalangan orang ramai.

Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.

• Keadaan ekonomi negara.

• Keadaan politik.

• Aktiviti spekulasi.

• Kualiti pengurusan dan prospek syarikat.

• Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.

• Pulangan pelaburan alternatif.

Cara Membeli dan Menjual Saham.

1) Penjual hubungi broker dan beritahu butir-butir saham yang hendak

2) Broker hantar maklumat tersebut ke bilik padanan diBSKL

3) Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada

4) Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka urusniaga berlaku.

UNIT AMANAH

- Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.


-  Diuruskan oleh pengurus professional.

-  Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.

-  Risiko kerugian rendah.

-  Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR
 
- Dapatkan maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.


-  Pulangan atas modal samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.

-  Risiko dalam pelaburan kerana jika pelabur kurang mahir akan melabur dalam pelaburan yang kurang risiko

-  Modal sedia ada. Jika modal kecil,melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti unit amanah atau akaun simpanan tetap.

-  Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar ke bentuk wang tunai.

Contoh : aset mudah cair – simpanan tetap di bank.

aset tidak mudah cair – harta tanah.

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 6 PEMILIKAN PERNIAGAAN)

BAB 6: PEMILIKAN PERNIAGAAN

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

- Memulakan sendiri
- Mengambil alih
- Warisan
- Francais
- Diundang

FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN APABILA MEMULAKAN PERNIAGAAN

- Minat, pengetahuan dan pengalaman
- Modal
-Jenis dan pemilikan perniagaan
-Undang-undang dan peraturan
-Lokasi
-Sumber bekalan
-Persaingan

PENGENDALIAN PERNIAGAAN



Aspek Pengendalian Keterangan

Pengendalian Stok

 • Mendapatkan bekalan stok

• Memeriksa dan merekod stok

• Menyimpan dan mengawal stok

• Memperaga stok

• Merekod stok

Pengurusan Kewangan

 • Menyimpan rekod perakaunan

• Menganalisis prestasi perniagaan

• Mengambil tindakan susulan

Pengurusan Sumber Manusia

• Meningkatkan kecekapan pekerja

• Menjaga kebajikan pekerja

• Mewujudkan hubungan yang baik

• Mematuhi undang-undang

Pengurusan Pelanggan

• Mengenal pasti jenis pelanggan

• Mengetahui sifat pelanggan

• Mengetahui cara melayan pelanggan

Pengurusan Masa

• Menyediakan jadual kerja

Pengurusan Risiko

 • Mengenalpasti jenis-jenis risiko

Pengurusan Maklumat

 • Maklumat perlu disimpan, dianalisis dan disebar

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN


JENIS MILIKAN PERNIAGAAN DAN CIRI-CIRI PEMILIKAN PERNIAGAAN

Milikan Tunggal

 - Dimiliki oleh seorang individu

- Modal daripada simpanan sendiri atau pinjaman

- Diurus sendiri oleh pemilik

- Ditubuhkan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

- Liabiliti tidak terhad

- Segala untung rugi ditanggung sendiri

- Cukai yang dikenakan adalah cukai pendapatan perseorangan

Perkongsian

- Ahli terdiri dari 2-20 orang

- Modal diperolehi melalui sumbangan rakan kongsi

- Diuruskan oleh rakan kongsi aktif

- Ditubuhkan dibawah Akta Perkongsian 1961

- Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad

- Agihan keuntungan mengikut nisbah yang telah ditetapkan

- Cukai pendapatan berdasarkan cukai pendapatan perseorangan

Syarikat Sendirian Berhad

- Bilangan ahli terdiri dari 2-50 orang

- Modal daripada jualan syer kepada ahli-ahlinya

- Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 1965

- Liabiliti terhad

- Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik

- Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang berasingan

- Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen

- Cukai berdasarkan cukai syarikat

Syarikat Awam Berhad

- Bilangan ahli terdiri dari 2 hingga tidak terhad

- Modal daripada jualan syer kepada orang awam

- Penubuhannya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Syarikat 1965

- Liabiliti terhad

- Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik

- Syarikat dan pemegang syer merupakan dua entiti yang berasingan

- Untung rugi akan diagihkan dalam bentuk dividen

- Cukai berdasarkan cukai syarikat

- Tertakluk kepada kawalan dan seliaan Pendaftar Syarikat

Koperasi

- Bilangan minimum 100 orang dan tiada had maksimum

- Modal diperolehi dari jualan syer kepada ahli

- Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993

- Liabiliti terhad

- Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik

- Keuntungan diagihkan dalam bentuk lebihan

- Tidak dikenakan cukai

Perbadanan Awam

 - Dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan

- Modal disumbang oleh kerajaan

- Liabiliti tidak terhad

- Diuruskan oleh majlis yang dilantik oleh menteri kabinet

- Tidak dikenakan cukai

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 5 INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA- IKS)

BAB 5: INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

MAKSUD IKS


- Perniagaan yang mempunyai pusing ganti jualan tahunan tidak melebihi 25 juta,

- pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang

- Ekuiti syarikat dipegang oleh rakyat Malaysia 60% dan tidak lebih 25% ekuiti dipegang oleh syarikat besar tempatan.

CIRI-CIRI IKS


Jenis Keluaran
- Mengeluarkan hampir semua jenis barang keperluan pengguna seperti tekstil, perabot, barang plastik, makanan daln lain-lain

Organisasi
- Mudah, kurang formal, kurang pengkhususan kerja

Modal
- Kurang RM2.5juta , diperolehi melalui simpanan sendiri

Lokasi
- Terdapat dimerata tempat seperti bandar, pinggir bandar dan luar bandar

Pekerja
-Kurang terlatih, kurang pendidikan, secara sambilan terdiri dari penduduk tempatan

Teknologi
-Berintensifkan buruh, menggunakan mesin mekanikal dan tradisional

KEGIATAN IKS


► Berasaskan sumber seperti kraf tangan dan makanan

► Berasaskan logam barangan logam seperti alat ganti kereta

► Berasaskan plastik berasaskan bahan petrokimia seperti barang plastik

► Komponen automatif membuat komponen kereta seperti bateri, kusyen

►Pemprosesan makanan makanan ringan dan awet seperti sos, biskut

►Komponen eletrik dan eletronik komponen letrik seperti suis, wayar dan lain-lain

►Pembuatan lain kimia dan farmaseutikal

KEPENTINGAN IKS


Kepada Masyarakat

▪ Berpeluang menceburi bidang perusahaan

▪ Berpeluang menggunakan kebolehan, daya cipta dan kreativiti

▪ Mewujudkan peluang pekerjaan

▪ Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

Kepada Negara

▪ Mengurangkan pengangguran

▪ Meningkatkan tabungan ekonomi negara

▪ Pengagihan pendapatan negara

▪ Latihan kepada pekerja dan pengusaha

▪ Mengukuhkan struktur asas industri negara

▪ Mengurangkan import barang pengguna

KAITAN IKS DENGAN INDUSTRI BERAT


1.Pemasaran Bersepadu

- Berasaskan konsep payung

- 75% keluaran IKS dijual kepada firma besar

2. Pengaturan Kontrak Khas

-Firma kecil berjanji membekalkan keluaran kepada firma besar dengan syarat memenuhi kriteria yang ditetapkan

3. Subkontrak

- Melalui skim vendor yang diwujudkan oleh industri berat

- IKS menghasilkan barang khusus untuk keperluan firma besar

- IKS mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh firma besar

- Firma besar akan membiayai semua perbelanjaan seperti memberi kredit, kemudahan pengangkutan dan pembelian bahan mentah.

MASALAH IKS

1) Modal dan pembiayaan

2) Produktiviti dan teknologi rendah

3) Kekurangan bahan mentah

4) Pemasaran

5) Pengurusan

6) Lokasi

7) Hubung jalin dengan industri berat

CARA MENGATASI MASALAH IKS

1) Program Rantaian Industri

2) Program Bantuan Kewangan

3) Pembangunan Pemasaran

4) Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran

5) Program Pembangunan Infrastruktur

6) Program Penyelidikan dan Pembangunan

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 4 PERNIAGAAN ANTARABANGSA)

BAB 4: PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Maksud Perniagaan Antarabangsa


- Perniagaan antarabangsa ialah kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.

-  Ia melibatkan import, eksport dan entrepot.

-  Kedua-dua perniagaan import dan eksport terdiri daripada import dan eksport nyata dan tak nyata.


Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa

- Perbezaan sumber alam semulajadi

- Perbezaan kos pengeluaran.

- Hubungan antarabangsa

- Perbezaan tahap teknologi antara sesebuah negara



Kepentingan Perniagaan Antarabangsa


a) Kepentingan Kepada Pengguna

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

- Dapat mempelbagaikan pilihan yang beraneka jenis dan jenama

- Dapat menggunakan barang yang berkualiti pada harga yang rendah

- Meningkatkan taraf hidup kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan.

- Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana pendedahan kepada teknologi yang baru.

b) Kepentingan Kepada Pengeluar


- Meluaskan pasaran- dapat meningkatkan jualan/ untung bertambah

- Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran

- Kos pengeluaran dapat dijimatkan dan keuntungan meningkat

- Pertukaran pengetahuan dan teknologi meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan

- Lebih banyak sumber bahan mentah diperolehi

- Dapat menikmati ekonomi bidangan

- Kos pengeluaran dapat dikurangkan dan kualiti barang dapat dipertingkatkan

c) Kepentingan Kepada Negara

- Menambahkan pendapatan Negara dan hasil kerajaan melalui duti kastam

- Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa

- Mendapat pertukaran asing- memperbaiki imbangan dagangan

- Mengurangkan pengangguran dengan wujudnya banyak peluang pekerjaan

- Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan tenaga pakar



Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa



a) Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa


- Kedua-duanya melibatkan nilai pertukaran yang menggunakan mata wang

- Bertujuan mendapat keuntungan

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia

- Mengamalkan pengkhususan

- Menggunakan faktor pengeluaran yang sama

- Menggunakan bantuan perniagaan yang sama

b) Perbezaan Perniagaan Dalam Negeri dengan Perniagaan Antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri


- Merangkumi aktiviti borong dan runcit

- Pengangkutan yang biasa digunakan ialah kereta api, lori, van dan sebagainya

- Tidak banyak sekatan perdagangan

- Aktivitinya hanya dalam negeri sahaja

- Melibatkan penggunaan sejenis matawang sahaja

- Menghadapi risiko yang rendah

- Melibatkan penggunaan dokumentasi yang mudah

Perniagaan Antarabangsa


- Merangkumi aktiviti import, eksport dan entrepot

- Pengangkutan yang biasa digunakan ialah kapal laut dan kapal terbang

- Terdapat banyak sekatan perdagangan seperti tariff, kuota, dan sebagainya

- Aktivitinya merentasi sempadan negara

- Melibatkan penggunaan pelbagai matawang

- Menghadapi tingkat risiko yang tinggi

- Melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih rumit

PROSEDUR IMPORT DAN EKSPORT

PROSEDUR IMPORT

1) Mematuhi undang-undang

2) Membuat pesanan
     - Secara langsung
     - Pejabat cawangan
     - Ejen import
     - Saudagar import
     - Lain-lain

3) Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran

4) Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953

5) Ketibaan barang di pelabuhan dan bersedia menerima barang

6) Menuntut barang dan membiayai duti kastam

7) Memeriksaan barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan

PROSEDUR EKSPORT

1) Mencari pasaran dengan menjalankan penyelidikan pasaran
     - Eksport secara langsung
     - Pejabat cawangan
     - Saudagar eksport
     - Lain-lain

2) Menerima inden dan melaksanakan arahan dalam inden

3) Menempah ruang kargo dalam kapal atau kapal terbang

4) Menghantar barang ke pelabuhan

5) Menguruskan pelbagai prosedur kastam

6) Menyediakan dokumen berkaitan

7) Memuatkan barang dalam kapal

8) Menuntut barang daripada pengimport

Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa


● Prosedur kastam yang rumit dan pelbagai sekatan perniagaan

● Penggunaan matawang yang berlainan.

● Bahasa yang berlainan menyukarkan proses komunikasi

● Risiko yang tinggi seperti kehilangan, kerosakan , kebakaran, kecurian dan lain-lain

● Cara pembayaran yang berbeza iaitu menggunakan bil perintah bayar dan kredit berdokumen

● Kestabilan politik sesebuah negara amat perlu

● Sistem timbangan dan sukatan yang berbeza juga menyukarkan

● Dokumentasi yang rumit seperti inden, sijil asal-usul, invois konsular, bil muatan,

bil udara,surat cagaran dan waran limbungan

● Standard dan syarat import yang berbeza antara negara menyukarkan peniaga

● Kesukaran mendapat maklumat

DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Dokumen eksport dan import

Dokumen Perniagaan

▪ Inden

▪ Invois eksport

▪ Invois konsular

▪ Sijil asal-usul

Dokumen penghantaran


▪ Bil muatan

▪ Bil udara

▪ Nota perkapalan

Dokumen insurans dan kastam

▪ Polisi insurans

▪ Borang Perakuan Kastam

Dokumen pembayaran

▪ Bil perintah Bayar

▪ Kredit Berdokumen

▪ Surat Cagaran

Dokumen dan Kegunaan


Inden
- Pesanan bertulis.
- Terdapat dua jenis inden iaitu inden terbuka dan inden tertutup

Invois Eksport
- Dihantar oleh pengeksport kepada pengimport mengandungi maklumat lengkap tentang barang

Invois Konsular
-Dikeluarkan oleh negara pengimport sebagai kebenaran untuk pengeksport membawa masuk barang ke negaranya.

Sijil Asal-usul
- Dikeluarkan oleh dewan perdagangan negara pengeksport. Ia mengandungi maklumat tentang negara asal yang mengeluarkan barang

Bil Muatan
-Dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksport

-Merupakan dokumen hak milik

-Boleh dicagarkan kepada pihak bank untuk mendapat pinjaman

Bil Udara
-Dikeluarkan oleh syarikat penerbangan kepada pengeksport

-Berfungsi sebagai bukti pengakuan penerimaan barang

Nota Perkapalan
- Dihantar oleh syarikat perkapalan kepada Lembaga Pelabuhan. Bertujuan meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke dalam kapal

Polisi Insurans
-Dikeluarkan oleh syarikat insurans untuk menjamin barang yang diangkat dilindungi dari risiko kecurian, kebakaran, kerosakan dan lain-lain

Borang Perakuan Kastam
-Memudahkan pihak kastam memeriksa barang apabila sampai ke pelabuhan

Bil Perintah Bayar
- Salah satu alat pembayaran dalam perniagaan antarabangsa

Boleh dijadikan cagaran

Kredit Berdokumen
-Surat kredit yang dikeluarkan oleh pengimport. Bank menjamin akan membayar segala bil yang dituntut oleh pengeksport

Surat Cagaran
-Dihantar oleh pengeksport kepada bank pengimport. Bank pengimport diberi kuasa menjual barang sekiranya pengimport gagal menjelaskan bayaran