Wednesday, August 18, 2010

NOTA-NOTA PENTING BAGI TOPIK TINGKATAN 5 EKONOMI ASAS (BAB 2 STRUKTUR EKONOMI NEGARA)

2.1: STRUKTUR EKONOMI NEGARA


Struktur ekonomi sesebuah negara boleh dimaksudkan sebagai peringkat-peringkat pengeluaran yang terdiri daripada beberapa sektor yang berdasarkan aktiviti-aktiviti di dalamnya.

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.
Sektor Utama

  • Melibatkan aktiviti peringkat awal dalam proses pengeluaran.

  • Pengeluaran bahan mentah yang terdiri daripada aktiviti pertanian dan hasil bumi merupakan aktiviti sektor ini.

  • Terdiri daripada beberapa sektor iaitu sektor pertanian, sektor perhutanan, sektor perikanan, sektor penternakan serta sektor perlombongan dan kuari.
Sektor Kedua

  • Merupakan tahap kedua dalam proses pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap.

  • Terdiri daripada sektor perkilangan dan sektor pembinaan.
Sektor Ketiga

  • Dikenali sebagai sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan.

  • Sektor ketiga terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain.


Masalah Pergantungan Ekonomi Kepada Sektor Utama
1. Ketidakstabilan harga komoditi

  • harga komoditi utama yang sering mengalami perubahan disebabkan permintaan dan penawaran yang tidak anjal.

  • ekonomi negara terdedah kepada risiko ini sekiranya terlalu bergantung kepada sektor ini.

  • jika harga komoditi menurun, kesannya kepada pembangunan dan pendapatan negara berkurang menyebabkan peluang pekerjaan pendapatan penduduk terjejas.
2. Peluang pekerjaan terjejas

  • peluang pekerjaan akan terjejas kerana sektor pertanian yang tidak berupaya menyerap guna tenaga yang banyak.

  • pekerja boleh diberhentikan akibat ketidakstabilan harga komoditi.
3. Kehausan dan kepupusan sumber

  • kehausan dan kepupusan sumber asli negara menjadi masalah besar apabila negara terlalu bergantung kepada sektor utama.
4. Merugikan imbangan dagangan

  • jumlah eksport komoditi utama kurang daripada jumlah nilai import banyak merugikan imbangan dagangan negara.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perubahan Struktur Ekonomi Negara Malaysia

1. Langkah mempelbagaikan ekonomi
2. Kehausan sumber-sumber asli negara
3. Galakan industri penggantian import
4. Peningkatan dalam pendapatan & taraf hidup penduduk
Kesan Perubahan Struktur Ekonomi Negara Malaysia
1. Pelaburan Asing

  • pelaburan asing meningkat, sektor perkilangan semakin berkembang, sektor perkhidmatan semakin meningkat, pendapatan negara meningkat dan taraf hidup rakyat juga meningkat.
2. Perkembangan Sektor Perkilangan

  • industri elektronik dan tekstil merupakan industri utama dalam sektor perkilangan.

  • hasil perkembangannya telah banyak membuka peluang pekerjaan.
3. Perkembangan Sektor Perkhidmatan

  • peningkatan yang tinggi terhadap perkhidmatan perhubungan, kewangan dan pentadbiran adalah disebabkan oleh peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk.
4. Peluang Pekerjaan

  • perubahan struktur ekonomi kepada sektor kedua dan ketiga telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
5. Pendapatan Negara

  • peningkatan pendapatan negara banyak disumbangkan melalui sektor kedua dan ketiga serta penurunan import barangan pengguna melalui industri penggantian import.
6. Taraf Hidup

  • banyak peluang pekerjaan diwujudkan disamping upah yang menarik telah meningkatkan kuasa beli pengguna dan taraf hidup yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment