Tuesday, August 24, 2010

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 2 UNSUR PERDAGANGAN)

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN

Maksud Perdagangan

- Aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir tepat pada masa, harga, tempat dan kuantiti yang diperlukan

- Terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan

Maksud Perniagaan
 
- Aktiviti jual beli barang untuk mendapat keuntungan


- Terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa

Perbezaan Perdagangan dengan Perniagaan
 
Perdagangan


1. merupakan cabang pengeluaran

2. aktiviti agihan barang

3. tujuan agih barang sampai kepada pengguna

4. terdiri daripada perniagaan dan bantuan perniagaan

Perniagaan


1. merupakan cabang perdagangan

2. aktiviti jual beli barang

3. tujuan dapat untung

4. terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa


PERANAN BANTUAN PERNIAGAAN

Peranan Perbankan


- Ada kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit

- Ada kemudahan simpan wang seperti akaun simpanan, akaun semasa

- Beri modal melalui pinjaman / overdraf

- Beri khidmat nasihat

- Lain-lain perkhidmatan seperti pertukaran matawang asing, cek kembara, peti simpanan selamat

Peranan Promosi

- Perkenalkan barang

- Beri maklumat

- pengguna mudah pilih

- Wujudkan permintaan

- pujuk pengguna beli

- Tingkatkan daya saing

- Didik orang ramai guna barang

- Tingkatkan jualan / untung

- Tingkatkan imej barang / syarikat

- Meluaskan pasaran

Peranan Pengangkutan

- Bawa barang dari tempat lebih ke tempat kurang

- Selaras permintaan dan penawaran bagi menstabilkan harga

- Edar barang ke merata dunia

- Pasaran lebih luas

- Pilihan pengguna banyak

- Peniaga mudah dapat bekalan bahan mentah

- Galakkan pengeluaran secara besar- besaran

- Elakkan pembaziran

- Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh

- Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang

Peranan Insurans


- Beri perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran, kecurian, kemalangan

- Bayar premium

- dapat gantirugi

- dapat memulihkan kepada kedudukan asal

- Berniaga lebih yakin

- berani kembang perniagaan

- Wujudkan peluang perniagaan

- Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans kecurian

Peranan komunikasi

- Hubungi pembekal / pelanggan

secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat, telegram)

- Sampaikan maklumat / pesanan

- Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal

- Urusniaga cepat melalui teleks , telefon

- Agihan tepat pada masanya

- Memudahkan promosi

- meningkatkan jualan / untung

- Luaskan pasaran

- Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan

- Kurangkan risiko kerugian / kerosakan

Peranan Pergudangan

- Pengeluaran besar-besaran berterusan

- Simpan bekalan berlebihan

- Bekalan berterusan

- Selaraskan permintaan dan penawaran

- Stabilkan harga

- Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang, membungkus.

- Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti daging, buahan

- Lindungi risiko kecurian / selamat

- Sedia tempat pamer barang

- Boleh periksa barang sebelum beli dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa

- Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot

Perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaaan


Pengeluaran


Aktiviti menghasilkan barangan untuk memuaskan kehendak manusia

Melibatkan dua jenis pengeluaran iaitu pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung. Pengeluaran tak langsung menyebabkan berlaku lebihan barang dan perlu diagihkan melalui perdagangan.


Perdagangan


Aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.

Proses agihan dilakukan melalui perniagaan dan bantuan perniagaan.

Perdagangan adalah cabang pengeluaran

Perniagaan


Aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan.

Barangan boleh dijual beli melalui perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa. Perniagaan akan lancar dengan adanya bantuan perniagaan iaitu perbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan dan promosi.

Perniagaan adalah cabang perdagangan


1 comment: