Fish

Wednesday, August 18, 2010

NOTA-NOTA PENTING BAGI TOPIK TINGKATAN 5 EKONOMI ASAS (BAB 3 PERDAGANGAN ANTARABANGSA)

3.2: PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Import vs Eksport

Eksport ialah barang & perkhidmatan yang dijual oleh pengeluar di sesebuah negara kepada pengguna di negara-negara lain.

Import ialah barang & perkhidmatan yang dibeli oleh para pengguna di sesebuah negara daripada pengeluar di negara-negara lain.


Imbangan Dagangan
bermaksud perbezaan nilai jumlah barang yang dieksport oleh sesebuah negara dengan nilai barang yang diimport dari negara-negara lain.

Imbangan Dagangan terbahagi kepada 3 keadaan iaitu:-
1. Imbangan Dagangan Seimbang - (eksport = import)
2. Imbangan Dagangan Lebihan - (eksport > import)
3. Imbangan Dagangan Kurangan - (import > eksport)


Imbangan Pembayaran

bermaksud satu penyata yang merekodkan jumlah penerimaan kewangan dan jumlah pembayaran kewangan antara sebuah negara dengan negara-negara lain dalam tempoh satu tahun.


Imbangan Pembayaran terbahagi kepada 3 keadaan iaitu:-
1. Imbangan Pembayaran Seimbang - (penerimaan = pembayaran)
2. Imbangan Pembayaran Lebihan - (penerimaan > pembayaran)
3. Imbangan Pembayaran Kurangan - (pembayaran > penerimaan)
Butir-butir Imbangan Pembayaran pada asasnya terbahagi kepada 3 akaun iaitu:-
a) Akaun Semasa
b) Akaun Modal
c) Akaun Pergerakan Kewangan

3 comments:

  1. Mr Eric
    Terima kasih,nota ringkas anda amat mudah untuk pelajar saya mengikuti
    Thanks

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu.nota ini sangat senang untuk faham

    ReplyDelete