Thursday, August 19, 2010

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 1 ASAS KEPADA PERDAGANGAN)

BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK

Keperluan 
- Mesti ada untuk manusia terus hidup
- Contoh makanan, pakaian dan tempat tinggal
- Sama untuk semua orang
- Keperluan terhad/ tetap
- Keperluan ialah tuntutan semulajadi
- Mengikut tahap tertentu- fisiologi, sosial, rohani

Kehendak
- Barangan yang diingini untuk hidup lebih selesa
- Contoh kereta, jam tangan
- Berbeza mengikut keinginan
- Tidak terbatas dan berubah-ubah
- Perlu dipelajari atau dipengaruhi persekitaran
- Mengikut keutamaan/ keinginan semasa

HIERARKI KEPERLUAN MASLOW - Ada tiga tahap
Tahap 1 - Keperluan Fisiologi

- Keperluan asas - keperluan paling asas manusia untuk hidup
                          - membolehkan tubuh manusia berfungsi
                          - contoh, makanan, pakaian dan tempat tinggal

- Keperluan keselamatan - melindungi diri daripada ancaman luar
                                       - contoh ancaman musuh, cuaca dan undang-undang

Tahap 2 - Keperluan Sosial

- Keperluan kasih sayang - manusia memerlukan kasih sayang daripada orang lain
                                       - contoh kasih sayang daripada ibu bapa

- Keperluan penghargaan - manusia perlu dihormati dan diberi penghargaan
                                        - contoh tahniah atas kejayaan

Tahap 3- Keperluan rohani

- Keperluan kesempurnaan kendiri - Tahap teratas
                                                     - tuntutan jiwa / kepuasan/ kegembiraan di atas kejayaan
                                                     - contoh hidup beragama, kesenian, berjaya mendapat ijazah


MAKSUD PENGELUARAN

• Aktiviti memproses bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap dan barang siap bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.


• Setiap aktiviti mempunyai nilai faedah – nilai faedah bentuk, nilai faedah tempat, nilai faedah masa dan nilai faedah milikan

NILAI FAEDAH

a) Bentuk

– menukar bentuk barangan kepada satu yang lebih berguna

– contoh kayu balak diproses menjadi papan lapis

b) Tempat


– menukar tempat satu barang dari tempat asal / berlebihan ke tempat berkurangan dan boleh memenuhi kehendak pengguna.

– contoh kayu balak di hutan dihantar ke kilang untuk diproses

c) Masa
– menyimpan barang sehingga diperlukan

– contoh padi berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk memenuhi permintaan di luar musim

d) Milikan


– pertukaran milik daripada seseorang kepada orang lain yang memerlukan

– contoh peniaga kasut menjual kasut kepada pengguna

JENIS PENGELUARAN

a) Pengeluaran langsung


- menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan peribadi

- tiada unsur pengkhususan

- barang tidak dijual kepada orang lain

- contoh bertani untuk kegunaan sendiri

b) Pengeluaran tak langsung


- menghasilkan barangan bagi memenuhi keperluan orang lain

- wujud pengkhususan

- berlaku urusniaga jual beli mencari untung

- contoh membuat kuih untuk dijual


CABANG PENGELUARAN



1. Perusahaan – usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap

a. Ekstraktif – mengeluarkan bahan mentah / mengeksploitasi sumber alam
                      –contoh pertanian, perlombongan

b. Perkilangan – memproses bahan mentah kepada barang separuh siap atau barang siap
                        – contoh kilang pakaian

c. Pembinaan – aktiviti pemasangan, pembinaan dan pengubahsuaian dengan menggunakan barang    
                         separuh siap atau barang siap

                      – contoh pembinaan bangunan



2. Perdagangan – aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir

a. Perniagaan – aktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan

b. Bantuan perniagaan – aktiviti untuk melancarkan perniagaan

                                       - terdiri daripada perbankan, pengangkutan, insurans, komunikasi, pergudangan   
                                         dan promosi

3. Khidmat langsung – aktiviti tidak mengeluarkan barang tetapi memberi perkhidmatan

                                  - contoh guru, pelakon, doktor


FAKTOR -FAKTOR PENGELUARAN

Tanah


– kekayaan daripada alam semula jadi

– ganjaran sewa

Modal


– sebarang bentuk aset berupa wang, mesin atau bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran

– ganjaran faedah

Buruh


– seseorang yang menggunakan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran

– ganjaran upah/gaji


Usahawan


– seseorang yang mengguna dan menggabungkan faktor pengeluaran bagi menghasilkan barangan

– ganjaran untung

PERBEZAAN ANTARA PENIAGA DAN USAHAWAN

Peniaga


- Skop aktiviti terhad

- Menjalankan aktiviti jual beli untuk mencari keuntungan

- Lebih mementingkan keuntungan sahaja

- Skala operasinya kecil dengan kaedah pengurusan yang statik

- Contoh Encik Wan mengendalikan kedai basikal di pekan Muar sejak 15 tahun dan masih beroperasi di tempat yang sama

Usahawan


- Skop aktiviti luas

- Menjalankan aktiviti jual beli dengan mengambil risiko untuk mencipta, menubuh dan mengusahakan   sesuatu kegiatan ekonomi

- Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada masyarakat dan negara

- Skala operasinya kecil pada peringkat awal tetapi berpotensi berkembang maju masa akan datang

- Contoh Encik Yusof memulakan perniagaan bengkel membaiki kenderaan. Kini beliau mempunyai rangkaian pusat membaiki kereta dan menjual alat ganti kenderaan


Kreatif


- Bermaksud mereka cipta keluaran baru untuk memenuhi kehendak pengguna

- Membolehkan usahawan menguasai pasaran

- Orang yang terdahulu menembusi pasaran

- Contoh cipta kad pintar, robot

Inovatif

- Bermaksud pembaharuan / pengubahsuaian barangan yang sedia ada di pasaran

- Supaya menjadi lebih berkualiti

- Usahawan akan dapat kelebihan bersaing

- Pengguna akan dapat lebih manfaat daripada sebelumnya

PERANAN USAHAWAN KEPADA MASYARAKAT

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
- Dapat menikmati prasarana yang lebih baik
- Mengurangkan penggangguran
- Mendapat banyak peluang pekerjaan
- Dapat meningkatkan taraf hidup
- Dapat menikmati barang berkualiti
- Meningkatkan pendapatan masyarakat
- Dapat menikmati pelbagai jenis barang

PERANAN USAHAWAN KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

- Menyediakan peluang pekerjaan / mengurangkan pengangguran
- Mendapat tukaran asing / peningkatan eksport
- Menggalakkan aliran modal
- Memperbanyakkan intrastruktur
- Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
- Membuat penemuan teknologi baru / menghasilkan penciptaan baru

PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN



Maksud pengkhususan

- Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang

- Tidak melakukan dua kerja dalam satu masa

- Berasaskan pembahagian kerja

- Pembahagian kerja ialah suatu proses di mana para ditugaskan untuk menjalankan satu peringkat kerja tertentu mengikut kebolehan dan kepakaran mereka



Jenis pengkhususan

1. Pengkhususan mengikut profesion

- individu mengkhusus dalam jenis perkerjaan tertentu sahaja mengikut kebolehan, kemahiran

dan kelayakannya.

- Wujud disebabkan oleh perbezaan kemahiran / kebolehan seseorang

- Contoh guru, doktor, tentera



2. Pengkhususan mengikut proses

- melibatkan pelbagai proses kerja dalam satu kilang

- Wujud disebabkan pembahagian kerja

- contoh di kilang pakaian pekerja diagihkan kepada tugas tertentu seperti tugas memotong

pakaian, menjahit pakaian, menggosok



3 Pengkhususan mengikut kawasan

- Aktiviti menghasilkan sesuatu keluaran tertentu di antara satu kawasan dengan kawasan lain

- Wujud disebabkan oleh perbezaan tanah-tanih, sumber asli, tenaga buruh, suhu

- Contoh Johor pengeluar nenas, Kedah pengeluar padi


4. Pengkhususan antarabangsa

- penumpuan setengah negara kepada satu jenis kegiatan ekonomi

- wujud disebabkan perbezaan iklim, bentuk muka bumi, sumber alam semulajadi, teknologi

- contoh Jepun – perindustrian, Thailand – penanaman padi

KESAN PENGKHUSUSAN DALAM PENGELUARAN

Kelebihan pengkhususan


- Meningkatkan pengeluaran

- Menggalakkan pengeluaran besar-besaran

- Menikmati ekonomi bidangan

- Meningkatkan kualiti

- Mengurangkan kos buruh

- Menjimatkan masa latihan

- Meningkatkan kemahiran

- Menjimatkan tenaga kerana menggunakan mesin

- Boleh menumpukan bidang yang ada kebolehan/kelebihan

- Meningkat peluang pekerjaan

Kekurangan pengkhususan


- Hanya mahir satu proses pengeluaran/tidak kreatif

- Sukar berpindah ke pekerjaan lain

- Pekerja bosan

- Tidak dapat mencipta barang secara bersendirian

- Kos beli mesin mahal

- Hasil keluaran tiada variasi

- Saling bergantungan

- Proses mudah tergendala

- Perlu pakar pada tiap-tiap bahagian

- Pengangguran mudah berlaku kerana penggunaan mesin/kemahiran terhad

1.5 SISTEM BARTER



Maksud sistem barter

- Cara pertukaran barang dengan barang

- Tidak menggunakan wang



Kelemahan sistem barter

1. Masalah kemahuan tidak serentak

– tidak semua orang bersetuju menukarkan barang yang dia ada dengan barang yang kita miliki



2. Sukar menetapkan kadar pertukaran

– barang yang hendak ditukarkan tidak sama nilai / saiz / ukuran



3. Sukar membahagikan barang

– sebahagian barang dan benda hidup tidak boleh dibahagikan kepada bahagian kecil



4. Sukar menyimpan barang yang rosak

– contoh sayuran, buah-buahan, ikan perlu ditukar segera



5. Sukar membawa barang-barang besar dan berat

– contoh menukarkan 20 tan beras dengan dengan 20 batang kayu balak

1 comment: