Tuesday, August 24, 2010

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 3 PERNIAGAAN DALAM NEGERI)

BAB 3 : PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Maksud Perniagaan dalam negeri


- aktiviti membeli dan menjual barang & perkhidmatan antara penduduk dalam sesebuah negara.

- Contohnya, kedai runcit, bazar dan pasar raya.

- terdiri daripada dua - perniagaan borong dan perniagaan runcit.

SALURAN AGIHAN

Maksud saluran agihan

- proses pengedaran barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai

Jenis Saluran Agihan

1. Pengeluar – pemborong – peruncit –pengguna

2. Pengeluar – Ejen – Peruncit – Pengguna

3. Pengeluar – Pemborong – Pengguna

4. Pengeluar – Peruncit – Pengguna

5. Pengeluar– Ejen – Pengguna

6. Pengeluar – Pengguna

Faktor Pemilihan Saluran Agihan

- Sasaran pasaran
- Jenis barang
- Liputan pasaran
- Keupayaan pengeluar
- Kos pengangkutan

Fungsi Peruncit


1. Memecahkan pukal - menjual dalam kuantiti yang lebih kecil kepada pengguna akhir.

2. Menjual pelbagai jenis barang - memudahkan pelanggan membuat pilihan

3. Menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan tetap

4. Memberi perkhidmatan selepas jualan – contoh menghantar barang ke rumah

5. Memberi khidmat nasihat dan menyampaikan maklumat - cita rasa dan sambutan pengguna

6. Mendirikan premis perniagaan berhampiran pelanggan - mudah dikunjungi

7. Menguruskan stok - memastikan bekalannya sentiasa mencukupi

8. Melakukan kerja-kerja akhir - menggred, menimbang, membungkus

9. Mengagihkan barang-barang - berperanan sebagai orang tengah antara pengguna dengan pemborong atau pengeluar

Ciri Peruncit Kecil-kecilan

- Mudah ditubuhkan – tidak banyak peraturan / modal kecil
- Kos overhed rendah-sewa rendah,cukai perniagaan rendah atau iklan murah
- Layanan peribadi - penghantaran barang ke rumah, pembaikan dan pemasangan
- Mudah diuruskan – saiz kecil/ kendali sendiri
- Dimiliki oleh seorang peniaga atau berkongsi
- Modal kecil- Simpanan sendiri/ pinjam ahli keluarga

Ciri Peruncit Besar- besaran

- Modal besar, dikumpul melalui terbitan syer
- Kemudahan - untuk keselesaan pelanggan - muzik, tandas
- Pengurusan lebih rumit dan sukar - saiz organisasi yang besar
- Jualan – tunai, elak hutang lapuk
- Belian - membeli stok secara pukal terus daripada pengeluar
- Penubuhan rumit, Akta syarikat 1965

Perniagan Runcit Besar-besaran



Pasar Raya

 - Menjual beraneka jenis barang di bawah satu bumbung

- Contohnya, pasar raya Warta, Cold Storage dan pasar raya Tops, pasar raya Econsave, pasar raya 99.

Gedung Aneka Jabatan

 - Sebuah perniagaan runcit berskala besar yang beroperasi dalam sebuah bangunan besar yang bertingkat

- Contohnya, Isetan, Parkson Grand dan Metrojaya.

Pasar Raya Besar

 - Sebuah bangunan setingkat yang menjual pelbagai jenis barang di bawah satu bumbung

- Contoh pasar raya besar ialah Xtra dan Giant

Kedai Sejaras

 - Perniagaan runcit yang mempunyai sepuluh atau lebih cawangan - cawangan adalah seragam dari segi nama, logo, reka bentuk, harga dan jenis barang

- Contoh Singer, 7-Eleven dan Kedai Bata.

Koperasi runcit

 - Organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan pengguna - tujuan utama untuk membantu anggota memperoleh barang keperluan pada harga yang berpatutan tanpa melalui orang tengah.

- Contohnya, Koperasi Peladang.

Bentuk Lain Peruncitan


Mesin Peruncitan Automatik

- Menjual /perkhidmatan terus kepada pengguna melalui mesin secara strategik.

- Barang jualan seperti air kotak, mesin tiket LRT

- Ditempatkan di lokasi yang strategik misalnya di perhentian bas

- Boleh beroperasi selama 24 jam tanpa diawasi.

Pesanan Mel

- Menjual barang terus melalui pos atau perkhidmatan kurier.

- Sesuai – menjual barang yang ringan, kecil, tidak mudah pecah dan tahan lama.

- Bentuk dan cara penggunaan barang-barang – dapat disampaikan – melalui gambar

- Dijalankan melalui tiga kaedah, iaitu pengiklanan, kiriman terus atau pelantikan ejen.

- Kaedah pembayaran B.W.T, T.W.P dan bayaran ansuran

Francais

- Seseorang individu/syarikat yang diberi hak untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat induk yang sudah terkenal

- Contoh kedai makan segera Mc Donald, Habib Jewel, KFC,

- Menggunakan logo, nama dan reka bentuk yang sama.

- Individu atau syarikat yang diberi kebenaran – francaisi

- Syarikat induk yang memberikan kebenaran – francaisor.

- Perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak- syarat francais


Jualan Langsung

- Menjual barang terus melalui kunjungan jurujual dari pintu ke pintu.

- Contoh syarikat Amway, Avon dan syarikat-syarikat insurans.

- Jurujual atau ejen dilantik dan dilatih

- Jenis produk yang sesuai - kosmetik, perkakas dapur, insurans dan pakej pelancongan.

E-Dagang

- Perniagaan melalui talian internet

- Secara online antara penjual dengan pembeli dari seluruh dunia.

- Mewujudkan laman web dan gerai pameran dalam internet

- Gambar dan maklumat terperinci dipaparkan di skrin komputer.

- Bayaran secara online menggunakan kad kredit

- Barang pesanan akan dihantar melalui pos atau kurier

Televisyen Interaktif

- Membolehkan seorang penonton TV berinteraksi dengan peniaga yang mengiklankan barangnya melalui TV dan membeli-belah dari rumah., Contoh – siaran Astro, Smartshop

- Merupakan hasil ciptaan teknologi digital

- Menggabungkan fungsi televisyen dengan komputer peribadi secara interaktif dan mesti disambungkan dengan talian internet.

Cara beroperasi:

- Gambar dan maklumat barang - ditayangkan di televisyen

- Pesanan dibuat serta-merta - menekan papan kekunci /gagang telefon

- Bayaran prabayar - menggunakan kad kredit

- Barang dihantar - pos, ejen jualan atau kurier.

Kedai Katalog

- Mempromosikan barang atau perkhidmatannya melalui catalog bercetak / katalog elektronik

- Contoh - Courts Mammoth, Ikea dan The Catalog Shop.

- Katalog diedarkan secara percuma di tempat kunjungan ramai

- Pengguna akan menelefon / mengunjungi kedai untuk membeli barang

- Bayaran melalui cek, kad kredit, kad debit atau ansurans

- Sediakan perkhidmatan selepas jualan seperti hantar, pasang dan baiki

- Barang-barang yang dijual - jenis barang yang piawai dan tahan lama.

- Contohnya, barang-barang elektrik, perabot, peralatan dapur

PERNIAGAAN BORONG


Fungsi Pemborong

Kepada Pengeluar

- Membeli stok secara pukal dan memecah pukal

- Mengurangkan kos pergudangan

- Mengurangkan kos pengangkutan

- Pengendali pasaran

- Memberi maklumat pasaran

Kepada Peruncit

- Membekalkan beraneka jenis barang

- Memberi kemudahan kredit

- Menghantar barang kepada peruncit .

- Menyimpan stok yang mencukupi

- Memberi maklumat dan nasihat

Kepada Pengguna

- Menstabilkan harga barang .

- Menyediakan bekalan yang berterusan

- Menyampaikan maklumat

- Melakukan kerja-kerja akhir / pecah pukal

- Mempelbagaikan pilihan

Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit

Perniagaan Borong


- Berada antara pengeluar dengan peruncit.

- Beli barang secara pukal daripada pengeluar

- Modal besar

- Menyediakan gudang untuk menyimpan stok pukal yang dibeli daripada pengeluar

- Tidak perlu menghias atau melakukan peragaan tingkap

Perniagaan Runcit


- Berada antara pemborong dengan pengguna akhir

- Beli barang dalam kuantiti yang kecil daripada pemborong

- Modal kecil

- Sediakan stor untuk simpan stok diperoleh daripada pemborong

- Perlu hiasan dan peragaan barang bagi menarik pengguna

Pemborong Berfungsi Penuh

Pemborong Am

- Membeli dan menjual pelbagai jenis barang yang tidak mempunyai kaitan

- Contohnya, pemborong yang menjual barang keperluan harian seperti garam, gula serta barang kosmetik di tempat yang sama

Pemborong Khusus

 - Membeli dan menjual sesuatu jenis barang

- Contohnya, pemborong kasut yang menjual pelbagai jenama kasut seperti Red Modani, Al-Ikhsan

Pemborong Satu Barisan

- Membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis

- Contohnya, pemborong hasil pertanian yang menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuklah anak pokok dan baja


Pemborong Berfungsi Terhad


Pemborong Bayar dan Bawa

- Menjual barang pada harga yang murah dan secara tunai kepada peruncit

- Tidak memberi kredit kepada peruncit

- Tidak menyediakan pengangkutan kepada peruncit

- Giant, Makro, Carrefour dan Mydin - barang keperluan harian pengguna

Pemborong Jober Para

- Membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit

- Memperagakan - secara rapi di atas rak-rak

- dimiliki oleh pemborong selagi ia masih diperagakan di rak

- Peruncit dikenakan bayaran – bagi barang-barang yang telah dijual.

- Melancarkan program promosi dan pengiklanan di televisyen

- Menjual barang-barang berjenama terkenal - Gardenia, ais krim Walls

Pemborong Pesanan Mel

- Menjalankan urus niaga melalui pos

- Menghantar borang pesanan bersama katalog menerusi pos

- Pelanggan memilih barang berpandukan katalog yang dihantar

- Pesanan, bayaran dan penghantaran barang dibuat melalui pos

- Contoh barang - barang kosmetik

- Barang ini biasanya bersaiz kecil, ringan dan tidak mudah rosak


Pemborong Pesanan Berwakil

- Menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar atau pengilang

- Memainkan peranan sebagai wakil pengeluar dan tidak mempunyai hak milik

- Tidak perlu menyediakan kemudahan pergudangan

- Menjadi perantara dalam pengagihan barang daripada penjual atau pengeluar kepada pembeli

- Barang yang sesuai - bahan-bahan binaan seperti simen, besi, batu-bata

Pemborong Perkhidmatan Pengangkutan

- Pemborong perkhidmatan pengangkutan

- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori, lori kontena dan treler bagi mengangkut barang yang berkuantiti besar bagi pihak pengeluar.

- Contohnya, Shapadu, Nepline dan Kontena Nasional

Ejen


Ejen Pengeluar

 - Wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain

- Tidak berhak untuk menentukan strategi pemasaran bagi pihak pengilang

- Memasarkan mengedarkan barang-barangnya ke kawasan-kawasan baru yang belum diterokai pengeluar

- Contoh - Edaran Otomobil Nasional (EON) dan Proton Edar yang memasarkan atau mengedarkan model kereta keluaran negara

Ejen Penjual

- Memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran

- Sebagai perancang pemasaran yang menjalankan aktiviti penyelidikan pasaran, merancangkan keluaran, menetapkan harga dan mempromosi

- Menerima komisen daripada pengeluar bagi perkhidmatan yang disediakannya

Broker

 - Menemukan penjual dan pembeli

- Dilantik oleh pengeluar untuk mengendalikan urusan jual beli

- Tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan

- Tidak boleh menjual beli barang atas namanya sendiri

- Tidak mempunyai hak untuk memberi kredit

Pengambilalihan Fungsi Pemborong

- Kemunculan Perniagaan Runcit Besar-besaran seperti Pasar Raya Besar, Koperasi Runcit

- Barang tempahan khas oleh pengguna seperti tempahan pakaian

- Penubuhan agensi pemasaran oleh kerajaan seperti MARA dan LKIM

- Pelantikan ejen oleh pengeluar

- Penubuhan kedai sejaras seperti Kedai BATA

- Bentuk lain peruncitan  seperti mesin peruncitan automatik, pesanan mel, jualan langsung dan e-dagang

Dokumen Perniagaan Dalam Negeri

Peringkat sebelum urusniaga 


1. Surat tanya

2. Surat jawapan

3. Sebut harga

4. Senarai harga

5. Katalog

Peringkat semasa urusniaga

1. Nota pesanan

2. Nota makluman

3. Nota serahan

4. Nota kiriman

5. Invois pro forma

6. Invois

8. Nota debit

7. Nota kredit

Peringkat selepas urusniaga

 1. Penyata akaun

2. Resit

Maklumat Dalam Sebut Harga


Serahan sedia
 - Barang dihantar kepada pembeli sebaik pesanan diterima

Serahan segera
- Barang dihantar kepada pembeli dalam masa dua atau tiga hari selepas pesanan diterima

Serahan hadapan
- Barang dihantar kepada pembeli pada tarikh akan datang

Angkutan Hadapan
-Pembeli perlu membayar kos angkutan

Angkutan Dibayar
- Pembeli tidak perlu membayar kos angkutan

Percuma ke Dalam Gerabak
-Kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke gerabak keretapi. Kos angkut barang dari stesen keretapi perlu dibayar oleh pembeli

Percuma ke Dalam Kapal
- Kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke dalam kapal sahaja. Tambang kapal dibayar oleh pembeli

Kos Insurans Tambang
Harga barang telah merangkumi kos, insuran dan tambang - pembeli tidak perlu membayar lagi.

Bayar Waktu Terima
- Pembeli perlu membuat bayaran semasa menerima barang

Tunai Watu Pesanan
-Pembeli perlu membuat bayaran semasa membuat pesanan barang

Tunai segera
-Pembeli perlu membuat bayaran dalam tempoh dua atau tiga hari selepas menerima barang

Diskaun niaga

- Diberi untuk menggalakan pembeli membeli dalam kuantiti yang banyak contoh 10 % - pembelian melebihi RM 1000

Diskaun tunai
-Diberi untuk menggalakkan pembeli membayar hutang dengan segera contoh 10% - 10 hari,

Jenis Dokumen


Surat tanya
-Surat yang dihantar oleh pembeli kepada pemborong untuk mendapatkan maklumat tentang barang yang hendak dibeli

Surat jawapan
-Surat yang dihantar oleh pemborong kepada pembeli bagi menjawab pertanyaan bakal pelanggannya

Sebut harga
-Dokumen yang menunjukkan harga barang yang diminta oleh pembeli

Senarai harga
-Satu senarai yang mencatatkan harga semua barang yang dijual oleh pemborong

Borang pesanan
-Dokumen yang digunakan oleh pembeli untuk memesan barang daripada pemborong

Nota makluman
-Dokumen yang dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk memaklumkan barang yang dipesan telah dihantar dan dokumen ini dikirim sebelum barang dihantar

Nota serahan
- Dokumen yang disertakan bersama-sama barang apabila barang dihantar oleh pembekal dengan kenderaan sendiri

Nota kiriman
-Dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan kerana pemborong menghantar barang dengan kenderaan milik syarikat pengangkutan tersebut

Invois
- Dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk urusniaga secara kredit

-Sebagai bukti pembeli telah menerima barang tetapi belum membuat pembayaran

Invois proforma

 Dihantar oleh pemborong kerana

1. Pemborong enggan memberi kredit

2. Pembeli dibenarkan mencuba barang terlebih dahulu

3. Memberitahu pengimport anggaran harga bagi barang yang dipesan

Nota kredit
-Dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan dalam invois. Hutang akan dikurangkan sebab

1. Jumlah hutang tertulis lebih dari jumlah sebenar

2. Barang rosak / salah jenama dipulangkan

3. Botol kosong dipulangkan

4. Pembeli diberi elaun / diskaun

Nota debit
-Di hantar oleh pemborong untuk membetulkan kesilapan dalam invois. Hutang pembeli akan ditambah sebab

1. Jumlah hutang kurang daripada jumlah sebenar

2. Botol kosong dikenakan bayaran

3. Beberapa jenis barang tidak ditulis dikenakan bayaran

4. Pembeli dikenakan faedah

Penyata akaun
-Dokumen yang menunjukkan ringkasan urus niaga yang berlaku antara pembeli dan pemborong dalam sesuatu bulan

Resit
-Diberikan oleh pemborong kepada pembeli sebagai pengakuan/pengesahan ia telah menerima bayaran daripada pembeli tersebut

Kaedah Jualan


Jualan tunai
- Jual barang secara tunai / tidak benar pembeli berhutang

- Tunai dalam bentuk wang, cek, draf bank, kad kredit, kiriman wang

- Dapat elakkan peniaga alami hutang lapuk

- Wang yang diterima dapat dilabur dengan segera

- Barang dapat dijual dengan harga yang murah

Jualan Kredit

 - Aktiviti menjual barang secara hutang

- Membenarkan pembeli menggunakan barang sebelum harganya dijelaskan

- Perlukan wang pendahuluan, baki dibayar secara ansurans

- Terdiri daripada bayaran tertunda & sewa beli

Bayaran tertunda

- Barang jadi milik pembeli selepas bayaran pertama

- Jika tidak mampu bayar ansurans, barang tidak boleh ditarik balik

- Penjual hanya dapat dakwa dimahkamah untuk dapat balik barang

- Sesuai utuk barang murah spt barang elektrik, barang kaca

- Harga barang lebih mahal

Sewa beli

- Membeli/membayar barang secara ansuran

- Pembeli dianggap penyewa sehingga semua ansuran dibayar

- Bayaran ansuran dianggap sewa bulanan

- Perlu membayar wang pendahuluan’

- Boleh digunakan selepas menandatangani perjanjian sewa beli

- Barang akan ditarik balik sekiranya ansuran gagal dijelaskan

- Barang adalah pemilik syarikat yang membiayai pembelian barang tersebut

- Barang bukan pemilik pembeli selagi ansuran belum habis dibayar

- Sesuai untuk barang tahan lama spt kereta, rumah

Jualan Prabayar

- Kaedah membayar harga barang terlebih dahulu sebelum barang dan perkhidmatan diterima dan digunakan

- Digunakan dalam perkhidmatan komunikasi dan pengangkutan contoh “top up” telefon bimbit, kad tol lebuhraya

- Dapat memudahkan urusniaga dan jimat masa

- Dapat elakkan risiko hutang lapuk

Jualan Konsainan

- Pemborong membekalkan barang kepada peniaga untuk dijual

- Barang akan dipulangkan semula sekiranya tidak dapat dijual

- Pemborong / pembekal barang dikenali sebagai konsainor

- Peniaga dikenali sebagai konsaini

- Barang adalah hak milik konsainor

- Konsainor uruskan stok

- Konsaini sediakan ruang untuk letak barang

- Konsainor beri komisen pada konsaini mengikut jumlah yang terjual

Faktor Pemilihan Kaedah Jualan


Jenis Barang

 - Barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama lebih sesuai dijual secara tunai

- Barang yang bernilai tinggi dan tahan lama boleh dijual secara kredit

Aliran Tunai

 - Kaedah jualan kredit berlebihan akan menyebabkan aliran tunai yang merosot.

- Kaedah jualan tunai mengurangkan risiko hutang lapuk.

Persaingan

 - Peniaga perlu sentiasa mendahului pesaing untuk merebut pasaran

- Kaedah jualan moden seperti jualan prabayar dan e-dagang perlu dipertimbangkan untuk bersaing dalam era globalisasi

Kemampuan membeli

 - Kaedah jualan bergantung kepada kemampuan membeli.

- Barang yang harganya tinggi sesuai dijual secara kredit

- Barang yang harganya murah sesuai dijual secara tunai

Kemudahan pembayaran

- Cara yang memudahkan membuat bayaran.

- Contoh: Kad prabayar, kad kredit, potongan gaji

- Mempercepatkan proses pembayaran

Saiz pasaran

- Pasaran luas dan barang murah sesuai jualan secara tunai

- Tiada masalah hutang lapuk

- Pasaran luas dan barang mahal sesuai secara kredit

Peraturan dan undang-undang

- Jualan sewabeli tertakluk Akta Sewa Beli1967

- Jualan tunai tertakluk kepada Akta Jualan Barangan 1957

No comments:

Post a Comment