1.2: BANK
Apa yang kita pelajari di dalam Ekonomi Asas SPM, bank terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-
Bank Perdagangan
Syarikat Kewangan
Bank Saudagar
Bank Pusat
Saya syorkan kepada para pelajar agar menumpukan kepada Bank Perdagangan, Syarikat Kewangan dan Bank Pusat sahaja.
Fungsi Bank Perdagangan yang utama terbahagi kepada 4 (sebenarnya ada 5) iaitu:-
Menerima Simpanan / Deposit - iaitu deposit semasa, deposit tabungan dan deposit tetap
Deposit Semasa - boleh guna cek, tidak dibayar faedah, ada caj bank, tidak menggunakan buku simpanan dan boleh mohon kemudahan overdraf.
Deposit Tabungan - boleh dikeluarkan bila-bila masa, ada buku simpanan, diberi faedah dan ada kad bank.
Deposit Tetap - simpanan untuk satu tempoh tertentu dan kadar faedah tinggi.
Memberi Pinjaman iaitu overdraf, akaun pinjaman dan mendiskaunkan bil-bil pertukaran.
Overdraf - adalah pendahuluan jangka pendek, untuk pemegang akaun semasa sahaja, boleh keluarkan wang melebihi jumlah deposit dan dikenakan faedah.
Akaun Pinjaman - pinjaman bercagar, pinjaman persendirian dan pinjaman melalui kad kredit
Mendiskaunkan Bil-bil Pertukaran - membeli bil pada harga yang kurang daripada nilai muka dan ada faedah yang dikenakan.
Membuat & Menerima Bayaran Bagi Pihak Pelanggan iaitu cek, arahan kepada bank, kad kredit, draf bank dan pekhidmatan ATM, teleperbankan & internet
Cek - buat & terima bayaran.
Arahan kepada Bank - perintah sedia ada, debit langsung & pindahan kredit.
Kad Kredit - beli barang secara kredit.
Draf Bank - pengeluaran cek berdasarkan permintaan pelanggan.
ATM, Teleperbankan & Internet - penggunaan terkini.
Mengurus Pertukaran Asing iaitu beli mata wang asing pada harga rendah & jual pada harga tinggi
Konsep Skim Perbankan Islam
Wadiah - pemegang amanah
Mudharabah - perkongsian untung
Murabahah - harga jualan lebih tinggi berbanding harga belian
Musyarakah - perkongsian menjalankan perniagaan
Bai Bithaman Ajil - jualan secara ansuran
Bai At Takjiri - sewa
Fungsi Bank Pusat ada 4 iaitu:-
Mengeluarkan Mata Wang
keluarkan mata wang iaitu wang kertas dan duit syiling
mencetak wang bergantung kepada keadaan
cagaran dalam bentuk emas & pertukaran asing
Mengawal Kestabilan Nilai Mata Wang
mewujudkan sandaran minimum dalam bentuk rizab antarabangsa
mempengaruhi @ mencampuri dalam pasaran pertukaran asing
mengawal inflasi
Jurubank Kepada Kerajaan
mentadbir akaun kerajaan
mengurus hutang negara
memberi pendahuluan sementara
mengurus pertukaran asing
memberi nasihat pelaburan
Jurubank Kepada Bank Perdagangan
mengawal nisbah rizab berkanun & nisbah rizab tunai
menyelaraskan hutang dan cek antara bank perdagangan
sumber pinjaman terakhir
Cara Bank Pusat Kawal Inflasi
Rizab Tunai dinaikkan & kesannya jumlah penawaran wang dalam pasaran berkurang.
Rizab Berkanun dinaikkan & kesannya jumlah pinjaman berkurang.
Kadar Faedah dinaikkan & kesannya permintaan terhadap pinjaman berkurang.
Jual Surat Jaminan Kerajaan & kesannya kuasa beli pengguna merosot.
Cara Bank Pusat Kawal Kemelesetan (Deflasi)
Rizab Tunai diturunkan & kesannya jumlah penawaran wang dalam pasaran meningkat.
Rizab Berkanun diturunkan & kesannya jumlah pinjaman meningkat.
Kadar Faedah diturunkan & kesannya permintaan terhadap pinjaman meningkat.
Beli Surat Jaminan Kerajaan & kesannya kuasa beli pengguna meningkat.
hi
ReplyDeleteBoleh kah kalau saiz font nota ni kecil sedikit? :-)
ReplyDeleteUseless notes
ReplyDeleteprobably because you're dumb enough to understand
Deleteyou are fool dude to understand
Deletefucking notes..no use
ReplyDelete