Wednesday, August 18, 2010

NOTA-NOTA PENTING BAGI TOPIK TINGKATAN 5 EKONOMI ASAS (BAB 1 INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK)

BAB 1: INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK

Institusi Kewangan Bukan Bank di Malaysia terdiri daripada:-

  1. Syarikat Insurans

  2. Bank Simpanan Nasional (BSN)

  3. Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)

  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


Fungsi Institusi Kewangan Bukan Bank ialah:-
1. Menerima Deposit

  • Akaun tabungan dan akaun tetap

  • Premium insurans

  • Akaun simpanan Tabung Haji

  • Caruman daripada pekerja
2. Menggalakkan Tabungan

  • Menyediakan perkhidmatan simpanan wang yang selamat

  • Menawarkan pulangan yang menguntungkan

  • Memudahkan pengeluaran & pembayaran

  • Menyediakan bilangan cawangan yang banyak di seluruh negara

  • Memberikan perlindungan hayat & harta benda
3. Menggalakkan Pelaburan

  • Memberikan pinjaman kepada masyarakat

  • Melaksanakan pelbagai projek pelaburan

  • Menyalurkan tabungan untuk pelaburan
4. Sumber Kewangan kepada Pasaran Modal Negara

  • Sumber kewangan kepada kerajaan

  • Sumber kewangan kepada sektor swasta
Sumbangan Institusi Kewangan Bukan Bank Terhadap Ekonomi Negara Malaysia ialah:-
1. Menggalakkan Pelaburan - membiayai projek-projek pelaburan & pembangunan
2. Menggalakkan Tabungan - membuat pinjaman @ mengeluarkan simpanan
3. Meningkatkan Guna Tenaga - mengurangkan kadar pengangguran
4. Mengawal Kestabilan Ekonomi - mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi
5. Mengurangkan Pinjaman Luar Negara - sumber pinjaman dalaman

No comments:

Post a Comment