Wednesday, September 1, 2010

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 7 PELABURAN)

BAB 7: PELABURAN

Maksud Pelaburan

Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

PELABUR DAN SPEKULATOR


Pelabur
– individu yang melaburkan wang dengan harapan mendapat pulangan dalam bentuk tunai, dividen, bonus dan keuntungan atas modal.

Spekulator
 – Membeli dan menjual saham untuk mendapat keuntungan jangka pendek

_ Terdiri daripada penelah naik, penelah turun dan stag.

Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator

Pelabur


1. Membeli syer untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen/syer bonus.

2. Beli syer untuk jangka panjang dengan harapan prestasi syarikat berkembang dan harga syernya naik.

3. Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga pasaran.

4. Pelabur sentiasa berhati-hati melakukan analisis kewangan dan memperolehi maklumat prestasi syarikat sebelum membeli saham syarikat.

Spekulator


1. Membeli syer pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

2. Membeli dan menjual syer dalam jangka masa singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga.

3. Penglibatan spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun dan naik dengan
tidak menentu.

4. Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer. Tindakannya dipengaruhi khabar angin, sikapnya keterlaluan boleh menjejaskan pasaran saham.


JENIS PELABURAN

1)AKAUN SIMPANAN TETAP / AKAUN

• Melabur dibank/ institusi kewangan.

• Pelaburan tanpa risiko

• Keuntungan rendah.

• Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu

Kelebihan :


• Pulangan tetap

• Simpanan selamat.

• Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

2) HARTA TANAH

- Membeli aset tetap seperti rumah, kilang dan tanah

- Pulangan yang tinggi

Dua bentuk pulangan:

• Keuntungan modal

• Pendapatan semasa

3) SAHAM

-Gabungan syer yang dikeluarkan oleh sy.awam berhad kepada orang ramai

- Urusan jual beli saham melalui broker / remisier

Dua jenis saham:


1 Saham yang disenaraikan - urusniaga di pasaran saham

2. Saham yang tidak disenaraikan - Saham ditawarkan kepada ahIi keluarga / rakan niaga

Jenis Saham


Saham – satu bentuk pelaburan bagi tujuan spekulatif atau mendapat pulangan dalam bentuk dividen, bonus atau keuntungan modal.

- terdiri daripada unit-unit syer

- dua jenis syer :

1. Syer biasa

2. Syer keutamaan

- Syer keutamaan kumulatif – dibayar dividen semasa dan tunggakan jika syarikat rugi pada tahun kewangan lepas.

- Syer keutamaan penyertaan – kadar dividen tetap dan dapat dividen tambahan selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

- Syer keutamaan boleh tebus – boleh dibeli oleh syarikat selepas satu tempoh masa

- Syer keutamaan boleh tukar- Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.Pemegang syer akan terima faedah seperti mana pemegang syer biasa.

Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.

Syer Biasa.


1. Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat.

2. Pemegang syer menerima dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka.

3. Pelabur berhak mengundi untuk memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung tahunan.

4. Pihak terakhir untuk menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

Syer Keutamaan.


1. Kadar dividen ditetapkan oleh syarikat setiap tahun.

2. Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa.

3. Pelabur tidak berhak mengundi.

4. Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

PULANGAN ATAS SAHAM

1) Syer bonus

- Unit percuma kepada pemegang saham

2) Keuntungan modal

-Pulangan apabila harga saham naik

3) Dividen

- Bahagian keuntungan yang diterima pemegang saham

Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.


Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen 12 % terhadap syer biasa.

Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i). Pendapatan dari syer keutamaan. 5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00

ii) Pendapatan dari syer biasa. 5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00

iii) Pendapatan dari Debentur. RM 3000 x 0.06 = RM 180.00

iv) Jumlah Pendapatan. RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur

• Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.


• Menyebarkan maklumat kewangan syarikat kepada orang lain.

• Melindungi kepentingan para pelabur.

• Menjalankan urusniaga saham.

• Membantu mengumpulkan modal untuk pembangunan negara.

• Menimbulkan minat melabur dalam kalangan orang ramai.

Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.

• Keadaan ekonomi negara.

• Keadaan politik.

• Aktiviti spekulasi.

• Kualiti pengurusan dan prospek syarikat.

• Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.

• Pulangan pelaburan alternatif.

Cara Membeli dan Menjual Saham.

1) Penjual hubungi broker dan beritahu butir-butir saham yang hendak

2) Broker hantar maklumat tersebut ke bilik padanan diBSKL

3) Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada

4) Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka urusniaga berlaku.

UNIT AMANAH

- Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.


-  Diuruskan oleh pengurus professional.

-  Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.

-  Risiko kerugian rendah.

-  Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR
 
- Dapatkan maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.


-  Pulangan atas modal samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.

-  Risiko dalam pelaburan kerana jika pelabur kurang mahir akan melabur dalam pelaburan yang kurang risiko

-  Modal sedia ada. Jika modal kecil,melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti unit amanah atau akaun simpanan tetap.

-  Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar ke bentuk wang tunai.

Contoh : aset mudah cair – simpanan tetap di bank.

aset tidak mudah cair – harta tanah.

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    ” Why not try, let’s say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! “

    ReplyDelete