Wednesday, September 1, 2010

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 4 PERNIAGAAN ANTARABANGSA)

BAB 4: PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Maksud Perniagaan Antarabangsa


- Perniagaan antarabangsa ialah kegiatan jual beli yang dijalankan antara penduduk sebuah negara dengan penduduk negara lain.

-  Ia melibatkan import, eksport dan entrepot.

-  Kedua-dua perniagaan import dan eksport terdiri daripada import dan eksport nyata dan tak nyata.


Faktor Wujudnya Perniagaan Antarabangsa

- Perbezaan sumber alam semulajadi

- Perbezaan kos pengeluaran.

- Hubungan antarabangsa

- Perbezaan tahap teknologi antara sesebuah negara



Kepentingan Perniagaan Antarabangsa


a) Kepentingan Kepada Pengguna

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

- Dapat mempelbagaikan pilihan yang beraneka jenis dan jenama

- Dapat menggunakan barang yang berkualiti pada harga yang rendah

- Meningkatkan taraf hidup kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan.

- Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana pendedahan kepada teknologi yang baru.

b) Kepentingan Kepada Pengeluar


- Meluaskan pasaran- dapat meningkatkan jualan/ untung bertambah

- Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran

- Kos pengeluaran dapat dijimatkan dan keuntungan meningkat

- Pertukaran pengetahuan dan teknologi meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan

- Lebih banyak sumber bahan mentah diperolehi

- Dapat menikmati ekonomi bidangan

- Kos pengeluaran dapat dikurangkan dan kualiti barang dapat dipertingkatkan

c) Kepentingan Kepada Negara

- Menambahkan pendapatan Negara dan hasil kerajaan melalui duti kastam

- Memupuk persefahaman dan kerjasama antarabangsa

- Mendapat pertukaran asing- memperbaiki imbangan dagangan

- Mengurangkan pengangguran dengan wujudnya banyak peluang pekerjaan

- Mengatasi masalah kekurangan bahan mentah dan tenaga pakar



Perbandingan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa



a) Persamaan Perniagaan Dalam Negeri dan Perniagaan Antarabangsa


- Kedua-duanya melibatkan nilai pertukaran yang menggunakan mata wang

- Bertujuan mendapat keuntungan

- Dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia

- Mengamalkan pengkhususan

- Menggunakan faktor pengeluaran yang sama

- Menggunakan bantuan perniagaan yang sama

b) Perbezaan Perniagaan Dalam Negeri dengan Perniagaan Antarabangsa

Perniagaan Dalam Negeri


- Merangkumi aktiviti borong dan runcit

- Pengangkutan yang biasa digunakan ialah kereta api, lori, van dan sebagainya

- Tidak banyak sekatan perdagangan

- Aktivitinya hanya dalam negeri sahaja

- Melibatkan penggunaan sejenis matawang sahaja

- Menghadapi risiko yang rendah

- Melibatkan penggunaan dokumentasi yang mudah

Perniagaan Antarabangsa


- Merangkumi aktiviti import, eksport dan entrepot

- Pengangkutan yang biasa digunakan ialah kapal laut dan kapal terbang

- Terdapat banyak sekatan perdagangan seperti tariff, kuota, dan sebagainya

- Aktivitinya merentasi sempadan negara

- Melibatkan penggunaan pelbagai matawang

- Menghadapi tingkat risiko yang tinggi

- Melibatkan penggunaan dokumentasi yang lebih rumit

PROSEDUR IMPORT DAN EKSPORT

PROSEDUR IMPORT

1) Mematuhi undang-undang

2) Membuat pesanan
     - Secara langsung
     - Pejabat cawangan
     - Ejen import
     - Saudagar import
     - Lain-lain

3) Menerima bil muatan dan menjelaskan bayaran

4) Memenuhi keperluan Akta Kawalan Pertukaran Wang Asing 1953

5) Ketibaan barang di pelabuhan dan bersedia menerima barang

6) Menuntut barang dan membiayai duti kastam

7) Memeriksaan barang dan mengangkut barang keluar dari pelabuhan

PROSEDUR EKSPORT

1) Mencari pasaran dengan menjalankan penyelidikan pasaran
     - Eksport secara langsung
     - Pejabat cawangan
     - Saudagar eksport
     - Lain-lain

2) Menerima inden dan melaksanakan arahan dalam inden

3) Menempah ruang kargo dalam kapal atau kapal terbang

4) Menghantar barang ke pelabuhan

5) Menguruskan pelbagai prosedur kastam

6) Menyediakan dokumen berkaitan

7) Memuatkan barang dalam kapal

8) Menuntut barang daripada pengimport

Halangan Dalam Perniagaan Antarabangsa


● Prosedur kastam yang rumit dan pelbagai sekatan perniagaan

● Penggunaan matawang yang berlainan.

● Bahasa yang berlainan menyukarkan proses komunikasi

● Risiko yang tinggi seperti kehilangan, kerosakan , kebakaran, kecurian dan lain-lain

● Cara pembayaran yang berbeza iaitu menggunakan bil perintah bayar dan kredit berdokumen

● Kestabilan politik sesebuah negara amat perlu

● Sistem timbangan dan sukatan yang berbeza juga menyukarkan

● Dokumentasi yang rumit seperti inden, sijil asal-usul, invois konsular, bil muatan,

bil udara,surat cagaran dan waran limbungan

● Standard dan syarat import yang berbeza antara negara menyukarkan peniaga

● Kesukaran mendapat maklumat

DOKUMEN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Dokumen eksport dan import

Dokumen Perniagaan

▪ Inden

▪ Invois eksport

▪ Invois konsular

▪ Sijil asal-usul

Dokumen penghantaran


▪ Bil muatan

▪ Bil udara

▪ Nota perkapalan

Dokumen insurans dan kastam

▪ Polisi insurans

▪ Borang Perakuan Kastam

Dokumen pembayaran

▪ Bil perintah Bayar

▪ Kredit Berdokumen

▪ Surat Cagaran

Dokumen dan Kegunaan


Inden
- Pesanan bertulis.
- Terdapat dua jenis inden iaitu inden terbuka dan inden tertutup

Invois Eksport
- Dihantar oleh pengeksport kepada pengimport mengandungi maklumat lengkap tentang barang

Invois Konsular
-Dikeluarkan oleh negara pengimport sebagai kebenaran untuk pengeksport membawa masuk barang ke negaranya.

Sijil Asal-usul
- Dikeluarkan oleh dewan perdagangan negara pengeksport. Ia mengandungi maklumat tentang negara asal yang mengeluarkan barang

Bil Muatan
-Dikeluarkan oleh syarikat perkapalan kepada pengeksport

-Merupakan dokumen hak milik

-Boleh dicagarkan kepada pihak bank untuk mendapat pinjaman

Bil Udara
-Dikeluarkan oleh syarikat penerbangan kepada pengeksport

-Berfungsi sebagai bukti pengakuan penerimaan barang

Nota Perkapalan
- Dihantar oleh syarikat perkapalan kepada Lembaga Pelabuhan. Bertujuan meminta pihak pelabuhan memunggah barang ke dalam kapal

Polisi Insurans
-Dikeluarkan oleh syarikat insurans untuk menjamin barang yang diangkat dilindungi dari risiko kecurian, kebakaran, kerosakan dan lain-lain

Borang Perakuan Kastam
-Memudahkan pihak kastam memeriksa barang apabila sampai ke pelabuhan

Bil Perintah Bayar
- Salah satu alat pembayaran dalam perniagaan antarabangsa

Boleh dijadikan cagaran

Kredit Berdokumen
-Surat kredit yang dikeluarkan oleh pengimport. Bank menjamin akan membayar segala bil yang dituntut oleh pengeksport

Surat Cagaran
-Dihantar oleh pengeksport kepada bank pengimport. Bank pengimport diberi kuasa menjual barang sekiranya pengimport gagal menjelaskan bayaran

1 comment:

  1. Harrah's Resort Southern California - Mapyro
    › harrahs-resort-southern › 아산 출장안마 harrahs-resort-southern Harrah's Resort Southern California - 서산 출장샵 Mapyro Hotels & 천안 출장안마 Casinos Harrah's Southern California - Mapyro is the largest casino in 공주 출장샵 the world, offering over 서울특별 출장마사지 1,200 slots,

    ReplyDelete