Thursday, October 9, 2014

Perdagangan

TOPIK PENTING SPM 2014 PERDAGANGAN K2 : BERDASARKAN ANALISA SPM 2004 HINGGA 2013





BAB 1: ASAS KEPADA PERDAGANGAN
·         Hierarki Keperluan Maslow
·         Cabang pengeluaran – Perusahaan,Perdagangan,Khidmat Langsung 
·         Faktor pengeluaran - BTMU
·         Sistem barter – masalah / kelemahan
·         Peranan usahawan – pada NEGARA /Masyarakat
·         Pengkhususan – Profesion. Proses,Kawasan. Antarabangsa / kelebihan
·         Keperluan & Kehendak – Beza
·         Jenis pengeluaran - Langsung & Tak Langsung

BAB 2: UNSUR KEPADA PERDAGANGAN
·         Perkaitan – Pengeluaran, perniagaan & perdagangan

BAB 3: PDN
·         RUNCIT & BORONG - Persamaan / Ciri-ciri
·         Jenis Perniagaan PDN – Runcit & Borong
·         Sebab – Pelanggan memilih Peruncit Kecil-kecilan
·         PERNIAGAAN  RUNCIT – kelebihan kepada PENGGUNA/Pelanggan
·         Peruncit Besar-besaran : Kelebihan kepada pengguna
·         PASARAYA – Pilihan pengguna / kelebihan
·         Jenis Peruncit – JUALAN LANGSUNG / KEKURANGAN  PADA
        PENGGUNA
·         Jualan Konsainan  - kelebihan
·          Ciri-ciri – KONSAINOR/KONSAINI
·         Kaedah Jualan – TUNAI / PRABAYAR / SEWA BELI
·         Bentuk Perniagaan – Francais
·         Peruncit tak Perlukan pemborong / pengambilalihan fungsi pemborong
·         Nota Debit / nota kredit
·         INVOIS
·         Dokumen Perniagaan – SEBUT HARGA
·         Syarat Angkutan
·         Syarat Serahan (angkutan dibayar) - Kesan pada peruncit
·         HITUNG – Diskaun Niaga / Hutang yang perlu dijelaskan.
·         HITUNG – jumlah faedah (belian Kredit) / kadar faedah setahun
  
BAB 4: PAB
·         Kepentingan PAB – pada pengguna
·         Beza – PAB & PDN
·         Cara mengatasi Halangan PAB
·         Inden Terbuka – Kebaikan
·         Invois konsular
·         Dokumen PAB
·         Jenis Perniagaan PAB – kenalpasti
·         Jenis Eksport – Nyata / Tak nyata.
·         Prosedur Import

BAB 5: IKS
·         Ciri-ciri IKS
·         Kegiatan IKS (FSLAPMEK)
·         Kepentingan / Sumbangan IKS – Pada masyarakat
·         Kaitan IKS & Ind. Berat – Pengaturan kontrak Khas / Subkontrak
·         Peranan Agensi Kerajaan –MARA

BAB 6 : PEMILIKAN PERNIAGAAN
·         Perkongsian / penswastaan
·         Milikan tunggal
·         Cara Memulakan Perniagaan (SAWFU)
·         Perkongsian - kekebihan
·         Pengendalian perniagaan – risiko / masa / sumber manusia / maklumat
·         Kelebihan : Tukar  Milikan, Sdn. Bhd Ã  Bhd (awam)
·         Kelebihan ;  Tukar Milikan, kongsi Ã  Sdn Bhd
·         Perbezaan – Sykt. SDN BHD & Sykt BHD

BAB 7: PELABURAN
·         Kelebihan / kekurangan - syer biasa
·         Kekurangan/ kelebihan -  syer keutamaan
·         CIRI-CIRI PELABUR
·         Jenis Pulangan Pelaburan – Pendapatan Semasa / Keuntungan Modal
·         Jenis Pulangan – SYER BONUS / DIVIDEN /
·         Jenis Pelaburan – A. Simpanan tetap (pelaburan)
        / harta tanah (rumah/bangunan)
       /unit amanah / amanah harta tanah / gilts.
·         Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur
·         Hitung - Jumlah Pendapatan – Dividen syer keutamaan 
       / syer biasa / dividen / bonus
·         SYER BIASA & SYER KEUTAMAAN – beza

BAB 8: PERBANKAN
·         Pembiayaan – pinjaman/overdraf
·         Sebab –PERMOHOHAN PINJAMAN DITOLAK OLEH PIHAK BANK
·         Sebab - cek tendang
·         Cek Berpalang – ciri-ciri
·         Akaun Pelaburan (buat perbandingan-keuntungan)
·         Lakaran cek berpalang – lukiskan.
·         Kebaikan / kepentingan cek
·         Pihak yang terlibat dalam Cek – Penyuruh bayar / pesuruh bayar / penerima
·         Perkhidmatan lain - Kad Kredit - Kelebihan
·         Syarikat pajakan  / sykt. jaminan kredit
·         Jenis Perkhidmatan bank saudagar
·         Perbankan Islam – Prinsip MUDHARABAH/Bai-Bitahaman Ajil/Ijarah/
Ar-Rahnu

BAB 9 : INSURANS
·         Faktor yang menentukan - Bayaran Premium berbeza
·         Insuran Am – Ins. Kenderaan bermotor/ Ins.
·         Konsep Pengumpulan Risiko
·         faktor yang menentukan bayaran premium
·         Jenis Risiko – Boleh Insurans / tak boleh Insurans
·         Jenis Insurans Am – Ins. Kesihatan / perubatan / Insurans. Gadaian
        / insurans pendidikan / Ins. jaminan setia / Liabiliti Am 
       / Ins. kebakaran Liabiliti majikan / Ins. Kecurian  / Ins. Kenderaan bermotor
·         Kegunaan/kelebihan - Insurans Hayat
·         Alasan – Tuntutan Ganti Rugi ditolak /
·         Prinsip Insuran – Penuh Percaya mutlak /. Indemniti
       (sumbangan/subrogasi)

BAB 10: PENGANGKUTAN
·         Peranan Pengangkutan
·         Peranan - Pengangkutan Laut
·         Kelebihan Pengangkutan laut
·         KELEBIHAN - KAPAL Karentan / KARGO /PUKAL
·         Tugas /peranan/FUNGSI - Lembaga Pelabuhan
·         Jenis Pengangkutan TIR – KELEBIHAN kepada pengeluar
·         Faktor pemilihan jenis Pengangkutan

BAB 11: KOMUNIKASI
·         Kepentingan – INTERNET / WEB/ TELEFAKS / E-MAIL / FAKS
·         Kelebihan Perkhidmatan – KURIER
·         PERKHIDMATAN  POS - datapos / beg berkunci / kiriman wang ekspres.

BAB 12 : PERGUDANGAN
·         Ciri Gudang yang Baik
·         Gudang Kerajaan
·         Gudang Pengilang
·         Penyetoran Sejuk
·         PERANAN – GUDANG PERUNCIT

BAB 13 : PROMOSI
·         Pengiklanan / Gaya tarikan Iklan
·         PUBLISITI – KELEBIHAN
·         Kelebihan Promosi Jualan
·         UNSUR CAMPURAN PEMASARAN 4P- Produk
       /HARGA/PROMOSI/AGIHAN
·         Media Iklan

BAB 14 : PERANAN KERAJAAN
·         Peranan – MARA / NPC
·         MARDI – Peranan
·         BERNAS – Peranan
·         UDA – Peranan
·         FAMA – peranan
·         Pelepasan cukai – taraf Perintis / elaun pelaburan semula
·         MATRADE – Peranan dari segi PROMOSI

BAB 15: KONSUMERISME
·         Tanggung jawab Pengeluar – pada MASYARAKAT
·         CARA/Amalan MEMBELI DENGAN BIJAK
·         Alasan -Tuntutan gantirugi - ditolak
·         Hak Pengguna / HAK-HAK Pengguna – 
       hak mendapat keselamatan 
       / Hak Mendapat Gantirugi / Hak. Mendapat. maklumat

Friday, October 19, 2012

Kepada semua pelajar 5 SS1, cikgu mendoakan kejayaan anda semua dalam peperiksaan SPM tahun 2014 terutamanya mata pelajaran Perdagangan.

Cikgu harap semua akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Perdagangan SPM tahun 2014!!

Selamat berjaya!!!  

Wednesday, September 1, 2010

NOTA - NOTA PENTING PERDAGANGAN TINGKATAN 4 (BAB 7 PELABURAN)

BAB 7: PELABURAN

Maksud Pelaburan

Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.

PELABUR DAN SPEKULATOR


Pelabur
– individu yang melaburkan wang dengan harapan mendapat pulangan dalam bentuk tunai, dividen, bonus dan keuntungan atas modal.

Spekulator
 – Membeli dan menjual saham untuk mendapat keuntungan jangka pendek

_ Terdiri daripada penelah naik, penelah turun dan stag.

Perbezaan di antara Pelabur dan Spekulator

Pelabur


1. Membeli syer untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen/syer bonus.

2. Beli syer untuk jangka panjang dengan harapan prestasi syarikat berkembang dan harga syernya naik.

3. Penglibatan pelabur mencergaskan pasaran saham dan mengukuhkan harga pasaran.

4. Pelabur sentiasa berhati-hati melakukan analisis kewangan dan memperolehi maklumat prestasi syarikat sebelum membeli saham syarikat.

Spekulator


1. Membeli syer pada harga rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk mendapatkan keuntungan.

2. Membeli dan menjual syer dalam jangka masa singkat untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga.

3. Penglibatan spekulator melemahkan pasaran saham kerana harga saham turun dan naik dengan
tidak menentu.

4. Spekulator sentiasa membuat ramalan sesuatu harga syer. Tindakannya dipengaruhi khabar angin, sikapnya keterlaluan boleh menjejaskan pasaran saham.


JENIS PELABURAN

1)AKAUN SIMPANAN TETAP / AKAUN

• Melabur dibank/ institusi kewangan.

• Pelaburan tanpa risiko

• Keuntungan rendah.

• Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu

Kelebihan :


• Pulangan tetap

• Simpanan selamat.

• Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.

2) HARTA TANAH

- Membeli aset tetap seperti rumah, kilang dan tanah

- Pulangan yang tinggi

Dua bentuk pulangan:

• Keuntungan modal

• Pendapatan semasa

3) SAHAM

-Gabungan syer yang dikeluarkan oleh sy.awam berhad kepada orang ramai

- Urusan jual beli saham melalui broker / remisier

Dua jenis saham:


1 Saham yang disenaraikan - urusniaga di pasaran saham

2. Saham yang tidak disenaraikan - Saham ditawarkan kepada ahIi keluarga / rakan niaga

Jenis Saham


Saham – satu bentuk pelaburan bagi tujuan spekulatif atau mendapat pulangan dalam bentuk dividen, bonus atau keuntungan modal.

- terdiri daripada unit-unit syer

- dua jenis syer :

1. Syer biasa

2. Syer keutamaan

- Syer keutamaan kumulatif – dibayar dividen semasa dan tunggakan jika syarikat rugi pada tahun kewangan lepas.

- Syer keutamaan penyertaan – kadar dividen tetap dan dapat dividen tambahan selepas pembayaran dividen kepada pemegang syer biasa.

- Syer keutamaan boleh tebus – boleh dibeli oleh syarikat selepas satu tempoh masa

- Syer keutamaan boleh tukar- Syer yang boleh ditukar kepada syer biasa.Pemegang syer akan terima faedah seperti mana pemegang syer biasa.

Perbezaan di antara syer biasa dengan syer keutamaan.

Syer Biasa.


1. Kadar dividen sentiasa berubah mengikut keuntungan syarikat.

2. Pemegang syer menerima dividen setelah pemegang syer keutamaan menerima dividen mereka.

3. Pelabur berhak mengundi untuk memilih Lembaga Pengarah di dalam mesyuarat agung tahunan.

4. Pihak terakhir untuk menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

Syer Keutamaan.


1. Kadar dividen ditetapkan oleh syarikat setiap tahun.

2. Pemegang syer dibayar dividen terlebih dahulu daripada pemegang syer biasa.

3. Pelabur tidak berhak mengundi.

4. Diberi keutamaan menuntut balik modal jika syarikat dibubarkan.

PULANGAN ATAS SAHAM

1) Syer bonus

- Unit percuma kepada pemegang saham

2) Keuntungan modal

-Pulangan apabila harga saham naik

3) Dividen

- Bahagian keuntungan yang diterima pemegang saham

Contoh Pengiraan Pulangan Daripada Bidang Pelaburan.


Puan Salmi memiliki 5000 8% syer keutamaan bernilai RM 2.00 seunit. 5000 syer biasa bernilai RM 1.00, dan RM 3000 debentur pada kadar faedah 6% dalam Syarikat ABC Bhd. Bagi tahun berakhir 31 Disember, 2003, syarikat itu telah mengistiharkan pembayaran dividen 12 % terhadap syer biasa.

Kirakan jumlah pendapatan Puan Salmi daripada pelaburannya pada tahun 2003.

Cara Pengiraan :

i). Pendapatan dari syer keutamaan. 5000 x RM 2.00 x 0.08 = RM 800.00

ii) Pendapatan dari syer biasa. 5000 x RM 1.00 x 0.12 = RM 600.00

iii) Pendapatan dari Debentur. RM 3000 x 0.06 = RM 180.00

iv) Jumlah Pendapatan. RM 800.00 + RM 600.00 + RM 180.00 = RM 1580.00

Peranan Bursa Saham Kuala Lumpur

• Mewujudkan peluang pasaran bagi saham.


• Menyebarkan maklumat kewangan syarikat kepada orang lain.

• Melindungi kepentingan para pelabur.

• Menjalankan urusniaga saham.

• Membantu mengumpulkan modal untuk pembangunan negara.

• Menimbulkan minat melabur dalam kalangan orang ramai.

Faktor – faktor Yang Mempengaruhi Harga Saham.

• Keadaan ekonomi negara.

• Keadaan politik.

• Aktiviti spekulasi.

• Kualiti pengurusan dan prospek syarikat.

• Dasar kewangan dan kadar faedah yang dilaksanakan oleh BNM.

• Pulangan pelaburan alternatif.

Cara Membeli dan Menjual Saham.

1) Penjual hubungi broker dan beritahu butir-butir saham yang hendak

2) Broker hantar maklumat tersebut ke bilik padanan diBSKL

3) Tawaran tersebut dipadankan dengan senarai pembeli sedia ada

4) Jika wujud persetujuan antara pembeli dengan penjual maka urusniaga berlaku.

UNIT AMANAH

- Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.


-  Diuruskan oleh pengurus professional.

-  Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.

-  Risiko kerugian rendah.

-  Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham, Amanah Harta tanah dan Gilts.

PANDUAN AM MELABUR
 
- Dapatkan maklumat lengkap tentang bidang pelaburan yang ingin diceburi.


-  Pulangan atas modal samada melalui kadar faedah, dividen dan keuntungan ke atas modal.

-  Risiko dalam pelaburan kerana jika pelabur kurang mahir akan melabur dalam pelaburan yang kurang risiko

-  Modal sedia ada. Jika modal kecil,melabur dalam pelaburan berisiko rendah seperti unit amanah atau akaun simpanan tetap.

-  Kecairan ialah sesuatu aset mudah ditukar ke bentuk wang tunai.

Contoh : aset mudah cair – simpanan tetap di bank.

aset tidak mudah cair – harta tanah.